Pondok Aqiqah

Pondok Aqiqah

Hello guys…..ingin melaksanakan aqiqah?bingung cari tempat aqiqah siap saji. Engga usah bingung guys..Aqiqah Berkah siap membantu Aqiqah anda dengan makanan siap saji, harga yang terjangkau, tanpa bau prengus, dan praktis. Berikut ini pembahasan mengenai Kenduri Aqiqah.

a1
Kenduri Aqiqah
Aqiqah menurut sunnah tidaklah sesukar seperti yang diamalkan oleh segelintir masyarakat. Berikut ini akan kami bentangkan dua perkara yaitu aqiqah menurut sunnah dan adat.

1. Aqiqah menurut Sunnah
Pengertian aqiqah menurut bahasa ialah memotong. Menurut istilah syara’ ialah penyembelihan binatang pada hari ketujuh kelahiran bayi tanda rasa syukur kepada Allah SWT.

Dalil:

1
Artinya: “Daripada Abi Burdah daripada Abi Musa r.a berkata, telah lahir seorang bayi lalu aku pergi mendapatkan Nabi SAW lalu Nabi menamakannya Ibrahim, kemudian mentahniknya dengan buah tamar dan mendoakan kebaikan padanya, lalu dikembalikan semula kepadaku” (Riwayat Bukhari)

2
Artinya: “Setiap bayi yang lahir itu ada padanya aqiqah lakukanlah sembelihannya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan ditumpahkan darah untuknya (sembelihan). (Riwayat Abi Daud)

3
Artinya: “Daripada ummu Karraz Al-Ka’biyah berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW bersabda “Untuk lelaki itu dua ekor kambing dan untuk wanita seekor kambing.” (Riwayat Abu Daud)

4
Artinya: “Daripada Samurah bin Jundab daripada Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap bayi yang lahir itu tergadai untuknya aqiqah (sembelihan baginya) pada hari ketujuh kelahirannya dan dicukur rambutnya serta diberi nama padanya” (Riwayat An-Nasaai)

Pandangan Para Fuqaha’

1. Pendapat Imam Malik, ahli madinah, Imam As-Syafie’, Imam Ahmad, Ishak, Abu Thaur dan kebanyakkan Ulama Fiqh, Ahli ‘ilmi dan para mujtahid mengatakan sunnat muakkad (dituntut), dengan dalil.

5

Artinya: “Telah diceritakan kepada kami Abdullah, Abdullah berkata telah diceritakan kepadaku ayahku. Ayahku berkata telah diceritakan kepada kami Sufyan bin ‘Uyainah. Sufyan bin ‘Uyainah berkata telah diceritakan kepada kami Zaid bin Aslam. Zaid bin Aslam berkata daripada seorang lelaki. Seseorang lelaki berkata daripada ayahnya atau bapa saudaranya. Sesungguhnya dia berkata: “Aku telah melihat Rasulullah SAW di ‘Arafah ditanya mengenai aqiqah, maka baginda menjawab: “Tidak aku sukai aqiqah (perkataan itu) tetapi barangsiapa yang lahir padanya bayi maka jika ia suka lakukanlah sembelihan baginya”

2. Pendapat Imam Hasan Al-Basri dan Laith bin Sad’ mengatakan Wajib. Dengan dalil daripada Buraidah dan Ishak bin Rahwayhi.
Dalil:

6
Artinya: “Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawab atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabannya atas sholat-sholat lima waktu.”

Rujukan: Subulus Salam, Bab: Iirtihanu Ghulam Bil’aqiqatihi, juz: 6, ms:332.

7
Artinya: “Daripada Hasan daripada Samurah daripada Nabi SAW bersabda: “Tiap-tiap bayi itu ada padanya aqiqah”

3. Pendapat Imam Hanafi Menolak melakukan aqiqah
Dalil:

8
Hadist ini menyerupai hadist di atas tetapi mazhab hanafi menjadikan dalil pemenolakan dari melakukan aqiqah.

9
Artinya: “Telah diceritakan kepadaku Yahya daripada Malik daripada Zaid bin Aslam daripada seorang lelaki dari kaum Bani Dhomrah daripada ayahnya sesungguhnya dia berkata, Nabi SAW telah ditanya mengenai aqiqah maka baginda menjawab tidak aku sukai aqiqah (membenci nama tersebut). (Riwayat Abi Daud)

Kesimpulan: Berdasarkan pandangan para fuqaha di atas menunjukkan qaul yang kuat adalah qaul Jumur, ahli ‘Ilmi dan para mujtahid.

2. Aqiqah menurut adat istiadat
a. Berzanki
b. Cukur jambul
c. Tahlil dan yasin
d. Berendoi
e. Doa selamat

Amalan-amalan di atas kini menjadi suatu perkara wajib dilakukan dalam masyarakat melayu. Anda akan dipandang sinis malah ada suara yang mengatakan majlis anda tidak diberkahi Allah jika gagal mengadakannya.

Sebenarnya amalan tersebut tidak pernah diriwayatkan dalam mana-mana kitab hadist. Malahan ia adalah perkara yang ditokok tambah oleh masyarakat.

Bukanlah soal bacaan, doa dan alunan zikir menjadi pokok permasalahan ini tetapi kepercayaan yang diyakini turun-temurun hingga menyebabkan islam itu terasa berat untuk dianuti dan diikuti.

Nah itulah yang dapat kami sampaikana mengenai kenduri aqiqah. Semoga apa yang kami sampiakan bermanfaat untuk anda semuannya. Ammiiinnnn…

Jika anda akan atau mau melakukan aqiqah untuk putra putri anda, Aqiqah berkah siap membantu anda dalam pelaksanaan aqiqah anda dengan menu-menu makanan yang bervariasi dan nikmat pastinya.
Informasi dan Pemesanan :

WA : +6281335680602
BBM : D801E13D
TELPON/SMS : 085749622504

_-_Aqiqah Berkah Siap Membantu Pelaksanaan Aqiqah Anda_-_

Tags: , , , , , , ,