Pandangan Islam Terhadap Anak Autis

PANDANGAN ISLAM TERHADAP ANAK AUTIS

Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapak disebabkan oleh kejahilan mereka.

131215_620

Ibu bapak tidak perlu risau atau gusar apabila di anugerahi anak autisme. Anak autisme mampu dirawat dan ada pula yang berjaya menjadi orang ternama seperti Albert Einstein dan Bill Gates yang mengidap sindrom Asperger sejenis autisme.

Menurut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.

Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai ‘infantile autism’ (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapak untuk membantu anaknya.

Ada ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik seperti ketidakupayaan dalam komunikasi. Anak-anak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Anak autis hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli dengan pelukan ibu maupun bapaknya. Pada peringkat awal anak-anak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.

Jika mereka sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluapkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaian. Ini berarti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan anak autistik. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.

Tips Mengatasi Masalah Sosial Anak Autisme Terutama Disekolah antara lain :

  • Panggil mereka datang ke rumah untuk membolehkan kanak-kanak rasa bahwa ia diterima dan lebih meyakinkan dan mengelak dari perasaan buli.
  • Tentukan jenis permainan agar kanak-kanak ini tidak perlu menunggu giliran dan lebih banyak bersabar.
  • Memberi penerangan (penjelasan lebih mendalam) mengenai setiap peraturan permainan atau pun aktivitas-aktivitas tertentu supaya kanak-kanak tersebut dapat memahami dengan jelas. Perlu beri ulangan jika perlu.
  • Galakkan anak anak menjadi peramah dan jangan kritik keterlaluan sekiranya apa yang mereka lakukan kesalahan atau kesilapan yang tidak sepatutnya
  • Jadi “role model” kepada anak anak tersebut yang mempunyai sikap positif dan peramah
  • Belajar perkataan-perkataan yang tidak boleh diucapkan dihadapan kanak kanak autisme kerana mereka mudah meniru
  • Jalinkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah untuk mengetahui tahap pembelajaran dan pergaulannya Karana, kanak-kanak autisme seringkali dibuli.
  • Tayangkan video-video berkaitan perkara-perkara positif agar kanak-kanak ini mudah meniru perkara-perkara positif berbanding negatif.
  • Libatkan kanak-kanak autisme dengan aktivitas sosial seperti drama, melukis dan lain-lain agar perkembangan sosial nya berterusan di luar sekolah
  • Kanak-kanak autisme cepat lupa dan sukar untuk mengingat. Ibu bapak hendaklah menyediakan Buku Komunikasi atau Diari agar kanak-kanak ini menulis setiap aktivitas dan perkara-perkara penting yang perlu diingat sepanjang masa.

Diatas tadi merupakan beberapa hal toleransi yang dapat diterapkan pada anak autis. Jangan mengucilkan para autistik karena sebenarnya mereka memiliki perasaan yang sama seperti manusia lainnya jika kita melakukan dengan manusiawi.

Dianugerahi anal autis tetaplah menjadi berkah bukan musibah. Ini yang perlu ditekankan dan ditanam pada diri orangtua agar tidak menyesali putera puteri yang terlahir autisme. Syukuri dan wujudkan dalam bentuk aqiqah. Karena anak autis memiliki hak yang sama untuk di aqiqahi.

Tags: , , , , , , , ,